Dalam bidang
kimia,
sebatian ion ialah sejenis
sebatian kimia yang ion-
ionnya disatukan di dalam sesuatu struktur kekisi oleh ikatan-
ikatan ion. Ion bercas positif biasanya merupakan ion
logam, manakala ion bercas negatif adalah
unsur atau
molekul bukan logam.Ion boleh merupakan
atom tunggal, sebagaimana dengan
garam halus (
natrium klorida), atau kumpulan-kumpulan yang lebih rumit seperti
kalsium karbonat. Untuk dianggap sebagai ion, sesuatu entiti harus mempunyai cas positif atau cas negatif. Justera itu dalam sesuatu ikatan ion, satu 'pengikat' harus mempunyai cas positif dan yang lain mempunyai cas negatif. Melalui pelekatan antara satu sama lain, ion-ion itu mengatasi, atau mengatasi sebahagiannya, ketaksimbangan cas masing-masing. Ikatan ion positif kepada positif dan negatif kepada negatif tidak wujud. (Untuk analogi dunia nyata, uji kajilah dengan dua batang
magnet.)Sebatian-sebatian ion umumnya mempunyai
takat lebur dan
takat didih yang tinggi. Ia mempunyai
kekonduksian elektrik yang baik apabila lebur atau berbentuk
larutan. Sedangkan
sebatian ion inorganik merupakan
pepejal pada
suhu bilik dan biasanya membentuk
hablur,
cecair ion organik semakin menarik perhatian.Ketika sesuatu sebatian ion dinamai, nama
kation dinamai lebih dahulu, diikuti oleh nama
anionnya, manakala ketika sesuatu anion unsur dinamai, akhiran -ida ditambahkan pada nama unsurnya. Terdapat dua jenis kation yang biasa, iaitu Jenis I dan Jenis II. Kation Jenis 1 hanya mempunyai satu cas dan namanya disenaraikan secara mudah ketika sebatian itu dinamai. Kation Jenis II mempunyai lebih daripada satu cas dan ketika sebatian ion itu dinamai,
angka Roman digunakan untuk menandakan cas kationnya. Selain itu, terdapat juga anion poliatom biasa yang lain yang tidak mempunyai akhiran pada namanya, umpamanya hipoklorit (ClO-).